Friday, July 18, 2014

Pesawat MH17 ditembak

295 penumpang, anak kapal terbunuh


Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.

Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu. 

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara. 

MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine.


Bangun sahur dikejutkan dengan berita sebegini. Mengucap panjang tuan tanah. Membayangkan ujian yang Allah turunkan kepada kita. Semoga Allah permudahkan segala urusan mangsa mangsa MH17. Semoga Allah tutupkan segala aib mereka, semoga Allah ampunkan segala dosa mereka & semoga Allah tabahkanlah hati keluarga mereka. 

Dan kita sebagai manusia, berdoalah untuk kesejahteraan kita semua. Hentikan spekulasi, jangan sebarkan berita yang tak sahih. Inilah masanya kita sesama manusia berpegang teguh sesama sendiri. Ujian yang Allah turunkan ini adalah peringatan untuk kita yang masih hidup dimuka bumi ini.

Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang beragama Islam & semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang orang yang beriman. Amin.

4 comments:

  1. Betul tu Naz...sana sini blogger mengeluarkan entri dan berita berkenaan tragedi yang berlaku ke atas pesawat MAS MH17 ni..Ya Allah ..subhanallah..begitu berat dugaan ke atas ahli keluarga khusus nya dan kepada rakyat malaysia am nya kerana tragedi MH370 msih belum reda..nak bagi komen lebih2 kita pun tak apakah punca di sebalik kejadian ni..kenapa ada pihat yg sanggup meletupkan pesawat MH17..kiat tunggu je khabar berita dari media massa. Ya Allah...engkau rahmatkan semua mangsa beragama islam yg terlibat. Lindungi lah msia dari bala bencana Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la JM. Kesian sungguh dengan negara kita ni. Dugaan demi dugaan. Harap2 keluarga mangsa tabah. Dan kita sbg manusia ni kena doakan sama2 kesejahteraan hidup kita kan?

      Delete
  2. One after another. Semoga kita semua semakin bersatu. Xlarat dah baca komen orang bijak pandai kat web sekarang ni. May Alah have mercy on us & this country.

    Kita yang 'waras' ni teruskan berdoa. And juga berdoa semoga keyboard warriors tu semua pun insaf juga. ;) Semoga semua yang pahit ni akan berakhir. Insha Allah, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Bie. Bijak pandai sampai dah sebar fitnah. Dari duk jd keyboard warrior, baik doa. Tak susah pun kan. Manusia membunuh sesama sendiri ni memang mengerikan.

      Delete